MAKLUMAT AM

  1. KETERANGAN HARGA PAKEJ
  2. PERLINDUNGAN INSURANS/ TAKAFUL
  3. PANDUAN & SYARAT TEMPAHAN
  4. PENEMPAHAN
  5. TERMA & SYARAT PEMBATALAN TEMPAHAN
  6. JADUAL KURSUS UMRAH
  7. MAKLUMAT HOTEL

1. KETERANGAN HARGA PAKEJ

HARGA PAKEJ TERMASUK:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi.
  • Cukai Lapangan Terbang dan Surcaj bahan api.
  • Menguruskan permohonan Visa Umrah bagi warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Arab Saudi tetapi tidak termasuk proses menguruskan dokumentasi permohonan di jabatan pendaftaran dokumen dan Kementerian Luar Wisma Putra.
  • Penginapan, makan dan minum seperti yang akan dinyatakan di dalam surat pengesahan aturcara terakhir.
  • Segala lawatan di dalam surat pengesahan aturcara (kecuali Ziarah Pilihan)
  • Umrah 3 kali bersama mutawwif.
  • Beg pakaian besar & kecil, beg sandang, beg hamper & buku panduan umrah (TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN)
  • Pelan takaful bagi kematian dan kemalangan berkelompok (Rujuk Perlindungan Takaful/Insurans)
  • Tertakluk kepada pihak berkuasa Arab Saudi, setiap jemaah (kecuali bayi) akan menerima 5 liter air zam-zam secara percuma. Walaubagaimanapun Al-Zahabi Travel tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk mengganti sekiranya berlaku kehilangan atau  kerosakan air zam-zam di atas apa-apa alasan sepanjang perjalanan dari Tanah Suci ke Malaysia.

PAKEJ INI TIDAK TERMASUK

  • Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.
  • Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan
    (Notis: Jemaah perlu menjaga beg masing-masing semasa di dalam perjalanan)
  • Bayaran lebihan timbangan bagasi.
  • Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.
  • Tambahan caj visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.
  • Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan.

PERUBAHAN HARGA PAKEJ MENGIKUT PERTUKARAN MATAWANG ASING

Harga semua pakej di dalam web ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa. Oleh kerana kadar nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) dan Saudi Riyal (SAR) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej Al-Zahabi Travel boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut. Al-Zahabi Travel berhak mengubah mana-mana harga pakej setelah memberi notis tidak kurang dari 7 hari sebelum tarikh penerbangan.

2. PERLINDUNGAN INSURANS/ TAKAFUL

Pelindungan Pelan Takaful Bekelompok
(Termasuk di dalam semua pakej umrah Al-Zahabi)

Bagi jemaah yang berumur 5 – 64 tahun pada hari penerbanganKematian RM 10000Keilatan kekal RM 10000Manfaat wad hospital RM 50 sehari
Bagi jemaah yang berumur 65- 74 tahun pada hari penerbanganKematian RM 10000

Tertakluk kepada kelulusan tawaran dan syarat-syarat Takaful Ikhlas. Perlindungan adalah terhad kepada maksima 40 hari dari tarikh penerbangan.
Notis: Pelan takaful ini tidak melindungi jemaah daripada sakit,kecurian, kehilangan wang, pembatalan atau kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi sepanjang perjalanan. 

3. PANDUAN & SYARAT TEMPAHAN

Tempahan       :           Bayaran deposit RM 1000.00 seorang

Bank                  :           Maybank (AL-ZAHABI TRAVEL SDN BHD)

No. Akaun       :            5516 2324 1872

NOTA: SILA MAJUKAN SLIP ‘BANK IN’ UNTUK PENGESAHAN, BAYARAN PENUH HENDAKLAH DIJELASKAN SELEWAT-LEWATNYA 8 MINGGU SEBELUM TARIKH BERLEPAS.

DOKUMEN-DOKUMEN BAGI PERMOHONAN VISA UMRAH YANG MESTI DISERAHKAN SELEWAT-LEWATNYA 8 MINGGU SEBELUM TARIKH BERLEPAS :

  1. Passport Antarabangsa (TEMPOH SAHLAKU MESTI MELEBIHI 7 BULAN PADA TARIKH BERLEPAS)
  2. Surat pengesahan Suntikan Meningitis ACYW135
  3. 4 Keping gambar VISA (berlatar belakang warna putih & bersaiz 6sm x 4 sm)
  4. Salinan Sijil Nikah yang telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam & Wisma Putra 
  5. Salinan Sijil Kelahiran yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) & Wisma Putra

PEMBERITAHUAN

JEMAAH WANITA YANG BERUMUR DI BAWAH 45 TAHUN DAN JEMAAH LELAKI YANG BERUMUR DI BAWAH 18 TAHUN MESTILAH MEMPUNYAI MAHRAM YANG SAH UNTUK MENYERTAI PAKEJ UMRAH.

SILA PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI DOKUMEN YANG LENGKAP SEBAGAIMANA MAKLUMAT BERIKUT: 

NOMAHRAMDOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1SUAMISALINAN SIJIL NIKAH
2BAPASALINAN SIJIL KELAHIRAN PESERTA
3ADIK/ ABANGSALINAN SIJIL KELAHIRAN PESERTA & MAHRAMNYA

NOTA PENTING: 

Harap maklum bahawa pihak AL-ZAHABI TRAVEL SDN BHD tidak akan bertanggungjawab sekiranya permohonan VISA UMRAH anda tidak mendapat kelulusan Kedutaan Arab Saudi kerana kecuaian terhadap pematuhan syarat-syarat yang dinyatakan di atas atau apa-apa sebab yang lain.

4. PENDAFTARAN PAKEJ

  1. Setiap pendaftaran hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM 1000.00 setiap seorang peserta dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan dalam masa 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
  2. Sila bayar terus ke dalam akaun Maybank:-
    Nama              :   AL-ZAHABI TRAVEL SDN BHD
    No. akaun      :    5516 2324 1872
  3. Whatsapp slip bayaran ke +60 10-953 1335 atau email ke alzahabitravelsdnbhd@gmail.com.
  4. Harga pakej atau aturcara perjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
  5. Pembatalan tempahan mestilah dibuat secara bertulis dan jika syarikat menerima notis untuk pembatalan tempahan dalam tempoh 45 hari atau lebih sebelum Tarikh berlepas, kos pengurusan minimum sebanyak RM 100.00 seorang akan dikenakan.
  6. AL-ZAHABI TRAVEL SDN BHD berhak mengubah mana-mana perkara yang terkandung di dalam maklumat pakej tanpa notis terlebih dahulu.

5. TERMA & SYARAT PEMBATALAN TEMPAHAN

Sebelum menandatangani sebarang dokumen penempahan, Jemaah adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memastikan dokumen tersebut mengandungi perkara-perkara berkaitan pakej pelancongan, caj pembatalan yang boleh dikenakan bagi mana-mana tempahan yang dibatal, dan terma serta syarat bagi caj tersebut untuk dikenakan.

Bakal Jemaah berhak untuk membatalkan tempahan yang telah dibuat tertakluk kepada perkara-perkara berikut:

  • Pembatalan tempahan mesti dibuat secara bertulis kepada agensi pelancongan untuk mengelakkan salah faham;
  • Pembatalan yang diterima oleh agensi pelancongan dalam tempoh 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, caj RM30.00 atau 2% daripada harga pakej akan dikenakan atas setiap seorang;
  • Pembatalan dalam tempoh 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan dikenakan;
Pembatalan DiterimaCaj Pembatalan Bagi Setiap Orang
22-44 hari bekerjasebelum tarikh berlepasDeposit tidak akan dikembalikan
15-21 hari bekerjasebelum tarikh berlepas35% daripadaharga pakej
8-14 hari bekerjasebelum tarikh berlepas50% daripadaharga pakej
3-7 hari bekerjasebelum tarikh berlepas75% daripadaharga pakej
2 hari bekerja sebelum tarikh berlepas100% daripadaharga pakej