HAJI

PENGERTIAN HAJI: 

Haji Ialah Mengunjungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) Di Makkah Pada Bulan-bulan Haji Untuk Mengerjakan Ibadat–ibadat Tertentu Menurut Syarat-syaratnya.

DALIL WAJIB HAJI:

ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غنى عن العالمين

Maksudnya:

“Dan Allah  S.W.T mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi baitullahiaitusesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya.  Dan sesiapa yang kufur (ingkar untuk ibadathaji) maka sesungguhnya Allah  S.W.T maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatu pun) dari sekalianmakhluk”.

Surah Ali Imran : Ayat 97

Haji Tamattu`
Haji Tamattu’ ialah berihram Umrah pada bulan-bulan Haji. Setelah selesai mengerjakan Umrah dan telahpun bertahalul, orang haji akan berniat Ihram Haji pada hari Tarwiah dan dia dikenakan menyembelih Dam.

Haji Qiran
Haji Qiran ialah berniat Umrah dan Haji secara serentak dan orang Haji tidak boleh bertahallul dari Ihram sebelum melontar Jamrah Aqabah serta bercukur atau bergunting. Dia dikenakan menyembelih Dam.

Haji Ifrad
Haji Ifrad ialah berniat Ihram Haji sahaja dari miqat kemudian hendaklah kekal di dalam Ihramnya sehingga ke hari Nahar (korban). Orang Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam.