Al-Zahabi Travel Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 22 Mac 2008 dan berdaftar dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.
Perniagaan syarikat dimulakan dengan menumpukan perkhidmatan di dalam pakej umrah sebagai tonggak utama. Selaras dengan perkembangan industri pelancongan Malaysia, Al-Zahabi Travel kini meluaskan aktiviti perniagaannya kepada Pengurusan Tiket Penerbangan, Penempahan Hotel, Penyewaan Kenderaan, Pakej Pelancongan Domestik dan Antarabangsa.
Matlamat kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berdaya saing kepada pelanggan sesuai dengan keperluan mereka di samping menawarkan harga yang kompetatif. Al-Zahabi Travel Sdn Bhd dianggotai oleh warga kerja yang dinamik, dedikasi dan berpengalaman luas bagi melaksanakan tugasan dalam memenuhi citarasa pelanggan.
Al-Zahabi Travel Sdn Bhd akan sentiasa berusaha untuk terus menyumbang demi mencapai tahap perkhidmatan yang diperlukan oleh semua kategori pelanggan.