SYARAT HAJI

Syarat-syarat Haji :
1. Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
2. Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
3. Mukallaf.
4. Berkemampuan dengan syarat: 
a- Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
b- Ada kenderaan pergi dan balik.
c- Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
d- Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
e- Aman perjalanan.

Manakala tambahan bagi perempuan pula :
Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai sekiranya tidak mempunyai mahram.